PERANAN KELUARGA

Posted On April 8, 2010

Filed under Uncategorized

Comments Dropped leave a response

PERANAN KELUARGA

  1. Melibatkan segala usaha yang dilakukan untuk memenuhi keperluan ahli.
  2. Keluarga berperanan untuk memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi bagi setiap ahli keluarga.
  3. Segala keperluan ini dapat diurus apabila setiap individu dapat memainkan peranan masing-masing dengan sempurna.
  4. Dua peranan utama berkeluarga ialah:  1. mengembangkan keluarg     2. megurus keperluan

 

PERANAN DAN INTERAKSI DALAM KELUARGA

  1. Diketahui bahawa setiap ahli keluarga bertindak mengikut apa yang difikirkan benar.
  2. Walaupan kadangkala yang benar pada seseorang itu tidak semestinya benar pada orang lain.
  3. Manusia bertindak berasaskan pengalaman mereka sendiri.

CARA INDIVIDU BERTINDAK

  1. Bergantung kepada peranan yang dimainkan.
  2. Tugas yang dilaksanakan boleh menjadi sempurna jika ada kerjasama dan sikap bertanggungjawab dalam kalangan semua ahli.
  3. Peranan yang dimainkan bergantung kepada nilai yang wujud padanya iaitu dari segi kemesraan dan tahap interaksi yang berlaku pada keadaan sekeliling.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERANAN

Peranan individu dalam keluarga dapat dipengaruhi oleh beberapa faktor berikut :

  1. Umur
  2. Gender
  3. Kedudukan ekonomi
  4. Ekonomi keluarga
  5. Sosiobudaya

Umur

  • Bayi dan kanak-kanak memerlukan asuhan, bimbingan, dan kasih-sayang daripada orang dewasa.
  • Sebagai kanak-kanak, mereka tidak  dipertanggungjawabkan untuk memainka peranan yang penting seperti orang dewasa.

Gender

  • Tanggungjawab mengurus keluarga adalah sama penting sama ada lelaki atau wanita.
  • Biasanya peranan yang memerlukan lebih daya tenaga dilaksanakan oleh lelaki manakala tugas yang berkaitan penyediaan makanan diserahkan kepada cwanita.
  • Pembahagian tugas seperti ini mustahak supaya setiap ahli memahami tanggungjawab masing-masing.

Kedudukan ahli keluarga

  • Akan mempengaruhi tugas yang akan dilakukan.
  • Peranan yang dimainkan oleh anak sulung adalah berlainan.
  • Anak sulung yang lebih dewasa diharapkan untuk membantu ibu bapa dalam urusan harian keluarga.

Ekonomi keluarga

  • Menentukan pola perbelanjaan keluarga.
  • Apabila sumber pendapatan keluarga terhad, adalah menjadi tanggungjawab semua untuk mengawal perbelanjaan.

Sosiobudaya

  • Dalam masyarakat telah wujud beberapa amalan yang dijadikan sebagai panduan hidup.
  • Contohnya pada tahun baru cina biasanya ‘angpau pow’ diberi kepada orang tua dan kanak-kanak.


Advertisements

JENIS-JENIS KELUARGA

Posted On April 2, 2010

Filed under Uncategorized

Comments Dropped leave a response

Keluarga terdiri daripada beberapa jenis. Antaranya ialah :

  • keluarga nukleus
  • keluarga induk tunggal
  • keluarga campuran
  • keluarga dyad
  • keluarga luas
  • keluarga ko-habitasi

Huraian tentang jenis-jenis keluarga

Keluarga nukleus

  • Merupakan keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu, dan anak sahaja.

Keluarga tunggal

  • Keluarga yang mempunyai salah seorang sama ada ibu atau bapa serta anak. Hal ini mungkin disebabkan penceraian atau pun kematian.

Keluarga campuran

  • Keluarga yang terdiri daripada bapa, isteri dan anak-anak. Namun begitu, keluarga ini dikenali sebagai keluarga campuran sekiranya bapa berkahwin dengan 2 orang ibu dan lebih.

Keluarga dyad

  • Merupakan keluarga yang hanya terdiri daripada bapa dan ibu sahaja dan tidak mempunyai anak.

Keluarga luas

  • Merupakan keluarga yang terdiri daripada beberapa generasi contohnya datuk, saudara mara serta sepupu turut tinggal bersama.

Keluarga ko- habitasi

  • Merupakan keluarga yang tidak berkahwin tetapi tinggal bersama. Dengan kata lain, juga dikenali sebagai bersekedudukan.

HIDUP BERKELUARGA

Posted On March 5, 2010

Filed under Pengenalan

Comments Dropped leave a response

Hidup berkeluarga terbahagi kepada dua iaitu keperluan fisiologi dan keperluan psikologi.

KEPERLUAN FISIOLOGI

  • dirasai apabila sesuatu perubahan telah berlaku dalam tubuh.
  • contohnya apabila tubuh mengalami kekurangan cecair,  stimulasi kepada deria di mulut akan terhasil, dengan itu kita terus merasa haus.
  • Apabila keperluan dipatuhi dengan meminum air debgan sendiri rasa haus itu akan hilang.
  • contoh stimulasi yang lain ialah lapar, panas dan sejuk yang dapat dipenuhi denagn makan, minum, tidur dan berpakaian.

KEPERLUAN PSIKOLOGI

  • keperluan yang dapat dirasai mengikut keadaan emosi atau pun pemikiran individu.
  • keperluan ini adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan keperluan psikologi.
  • terbahagi kepada 4  jenis keperluan iaitu :

1. Keperluan keselamatan

2. Keperluan sosial

3.Keperluan mendapat penghargaan

4. Keperluan mendapat kesempurnaan diri

Pengenalan

Posted On March 5, 2010

Filed under Uncategorized

Comments Dropped leave a response

HIDUP BERKELUARGA

MAKSUD KELUARGA :

  • Satu unit kelompok masyarakat manusia, terdiri daripada ibu, bapa, penjaga, anak-anak, dan saudara mara yang boleh tinggal di tempat kediaman yang sama.
  • Terbentuk melalui perkahwinan, pertalian darah atau mempunyai minat yang sama.

KEPERLUAN HIDUP

  • Manusia memerlukan banyak keperluan untuk hidup. Antaranya ialah makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.
  • Keluarga harus memahami keperluan  setiap individu supaya segala tingkah laku dan tindak balas yang dilakukan oleh  individu dalam keluarga tersebut  dapat difahami.
  • Keperluan hidup antara individu adalah berbeza mengikut iklim, kemudahan, infrastruktur, sumber yang ada, dan budaya sesuatu masyarakat.

Contoh :

1. Individu yang mendiami Kutub Utara

-memerlukan pakaian yang tebal dan makanan yang memberi lebih haba.

2. Individu yang mendiami kawasan yang beriklim panas

– memerlukan pakaian daripada fabrik yang dapat menyerap peluh.

Hello world!

Posted On February 24, 2010

Filed under Uncategorized

Comments Dropped one response

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!