JENIS-JENIS KELUARGA

Posted On April 2, 2010

Filed under Uncategorized

Comments Dropped leave a response

Keluarga terdiri daripada beberapa jenis. Antaranya ialah :

  • keluarga nukleus
  • keluarga induk tunggal
  • keluarga campuran
  • keluarga dyad
  • keluarga luas
  • keluarga ko-habitasi

Huraian tentang jenis-jenis keluarga

Keluarga nukleus

  • Merupakan keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu, dan anak sahaja.

Keluarga tunggal

  • Keluarga yang mempunyai salah seorang sama ada ibu atau bapa serta anak. Hal ini mungkin disebabkan penceraian atau pun kematian.

Keluarga campuran

  • Keluarga yang terdiri daripada bapa, isteri dan anak-anak. Namun begitu, keluarga ini dikenali sebagai keluarga campuran sekiranya bapa berkahwin dengan 2 orang ibu dan lebih.

Keluarga dyad

  • Merupakan keluarga yang hanya terdiri daripada bapa dan ibu sahaja dan tidak mempunyai anak.

Keluarga luas

  • Merupakan keluarga yang terdiri daripada beberapa generasi contohnya datuk, saudara mara serta sepupu turut tinggal bersama.

Keluarga ko- habitasi

  • Merupakan keluarga yang tidak berkahwin tetapi tinggal bersama. Dengan kata lain, juga dikenali sebagai bersekedudukan.

Leave a comment